November 27, 2011

Salam Ma'al Hijrah 1433H

 Assalamu'alaikum Warahmatullahiwabarakatuh :)



Selamat Menyambut Awal Muharram 1433 Hijriyah.

Setelah lama senyap sunyi sepi ana dalam berblogging, tiba- tiba rasa rindu pulak nak update tambahan lagi lepas Malaysia kalah dengan Syria menang dengan Indonesia  2-1 :) Dan ada rakan - rakan ana yg request supaya blog yg masam ini di update..


Syukur Alhamdulillah Tuhan Sekalian Alam..
Cukup satu pusingan 360° bumi Allah ini mengelilingi matahari atas izinNya selama setahun perjalanan ana di bumi wakafan yg tercinta.
Adakah ini yang terakhir??
Pelbagai onak duri dan badai yg melanda yg ditempuh saban hari, detik demi detik sepanjang proses pentarbiahan islamiah di sana. Alhamdulillah, pada tanggal 04/10/2011, tarikh yang amat digeruni pelajar - pelajar tingkatan tiga, iaitu bemulanya peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan berakhir pada 11/10/11 telah kami (ana dan calon- calon di Madrasah Idrisiah) sempurnakan dengan subjek terakhir Bahasa Arab Komunikasi dengan izinNya :)


Berbalik kpd tajuk post nih (Ma'al Hijrah),

Tadi, masa ana berjalan ke kedai makanan berhampiran di atas jalan bertar yang keras, sejuk dan agak lembap dek kerana hujan lebat yang membasahi, ana lalu di sebuah restoran mamak yg di luarnye ada kiosk burger atau kalau org kemboja panggil 'street burger'. Ada dua buah meja yang digabungkan dan beberapa orang 'brother' sdg lepak di situ sambil minum -minum, borak - borak, main poker (tak pasti lah bertaruh atau saje -saje main). Masa tu lepas Maghrib hampir dengan waktu 'Isya. Terfikir sejenak, sekiranya daulah Islamiah dapat di tegakkan di bumi ini, pasti 'brother- brother' itu sedang bersama - sama mengimarahkan rumah - rumah Allah. Ana sedih juga tadi tak berkesempatan nak ke masjid untuk bacaan doa awal dan akhir tahun berjema'ah di masjid tadi sebab ibu ana kureng sihat hari ni setelah seminggu kami di Langkawi, Kedah kerana ada urusan kerja dan ada majlis perasmian Ar Rahnu YaPEIM cawangan Langkawi.
Jadi, bersempena dengan tahun baru ini, dengan semangat dan azam yang tinggi !, ana harap kita semua dapat berhijrah ke jalan yang menuju keredhaan Allah dan bukan jalan ditegahiNya, Na'uzubillahimindzalik.





 
Ana mohon maaf di atas semua salah dan silap yang pernah ana lakukan terutama kpd keluarga dan sahabat handai di mana jua antum & antumna berada. 
Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh .


UPDATE


Nih ana copy dr facebook Nurul Farhana -


Rasulullah membahagikan manusia/umatnya kepada 3 golongan:

1-manusia yang untung
~✿mereka yang menjadikan hari ini lebih baik dari semalam

2-manusia yang rugi
~✿mereka yang menjadikan hari ini sama dengan semalam

3-manusia yang malang
~✿mereka yang menjadikan hari ini lebih teruk sari semalam

~✿kata bijak pandai mulakan perubahan dengan diri sendiri jangan fikir orang lain~✿
salam 1433 HIJRAH "KULLU AM WAANTUM BIKHOIR"


No comments:

Post a Comment